PromosiViral.com

SMART CONSUMER COMMUNITY

Platform Komuniti Pengguna Bijak

Bahaya Gula

Gula merupakan keperluan utama di dalam makanan dan minuman semua masyarakat di seluruh di dunia. Manusia tidak boleh membayangkan bagaimanakah boleh seseorang itu hidup tanpa kehadiran gula. Ini adalah kerana gula telah diperkenalkan kepada kita sejak kecil dan segala makanan dan minuman yang diperkenalkan selepas itu juga mengandungi gula.
Kajian menunjukkan bahawa memakan makanan yang mengandungi paras gula yang tinggi merupakan punca utama kenaikan masalah kegemukan atau obesiti (obesity) dan diabetes jenis 2 (Type 2 Diabetes) serta pelbagai penyakit kronik yang dikaitkan dengan keadaan ketidakpekaan insulin (insulin resistance) di dalam badan
Sebagai contoh , berdasarkan kajian (1) yang dibentangkan di American Heart Association Scientific Sessions 2015, kanak-kanak gemuk yang serendah umur 8 tahun telah menunjukkan tanda-tanda sakit jantung dan punca utama ialah pengambilan gula yang berlebihan sejak dari kecil.
Di dalam program “The Truth About Sugar” yang disiarkan di BBC One membicarakan mengenai perkara ini. Tiga orang peserta di dalam program itu dapat mengurangkan 6 kilogram setiap seorang setelah mengurangkan pengambilan gula mereka daripada purata 23 hingga 39 sudu teh setiap hari kepada 6 sudu teh sebagaimana yang dicadangkan oleh World Health Organization (WHO)
Penerangan Bahaya Gula Oleh Pakar Pemakanan Dan Kesihatan, Dr Norman

Apakah Gula

Gula adalah sejenis karbohidrat berantai pendek, larut air dan manis yang dihasilkan daripada tebu atau sugar beet. Proses pembersihan (refining) menghasilkan gula putih yang diguna sekarang. Gula putih dipanggil sucrose. Sucrose terdiri dari dua jenis monosaccharide iaitu: glucose dan fructose (50:50) dalam keadaan terikat.

Apakah yang berlaku setelah gula masuk ke dalam sistem pemakanan?

Glukos akan berpisah dengan fruktos. Kedua-duanya akan diserap ke dalam salur darah melalui dinding usus Saluran darah “portal vein” ini membawa darah terus ke hati (liver). Apabila berada di dalam salur darah, glukos dan fruktos akan diproses dengan keadaan yang sangat berbeza.
Glukos diperlukan sebagai tenaga untuk sel-sel otot, otak dan sebagainya. Oleh itu 80% daripada glukos diproses di luar pada hati (liver) iaitu di otot-otot dan sel lain. Kehadiran glukos akan meningkatkan paras insulin. Insulin akan meransang untuk memasukkan glukos ke dalam sel-sel otot dan sel hati (liver). Hanya 20% daripada glukos diproses di dalam hati
Mengapa Wajib Berhenti Ambil Gula Dan Alternatif terbaik Menggantikan Gula.

Apakah berlaku kepada Fruktos

100% Fruktos diproses di dalam hati (liver).Fruktos tidak digunakan sebagai tenaga sebagaimana glukos Kadar yang tinggi menjadikannya sebagai toksin kerana kerja hati (liver) adalah menukarkannya kepada lemak untuk disimpan di dalam badan.
Kuantiti simpanan lemak yang tinggi meningkatkan keradangan (inflammation) di dalam badan. Ini boleh secara langsung mengakibatkan sakit jantung, saluran darah, stroke dan sebagainya. Fruktos yang tinggi merosakkan hati (liver) dan menjadikannya tidak sensitif lagi terhadap insulin.
Kuantiti simpanan lemak yang tinggi meningkatkan keradangan (inflammation) di dalam badan. Ini boleh secara langsung mengakibatkan sakit jantung, saluran darah, stroke dan sebagainya. Fruktos yang tinggi merosakkan hati (liver) dan menjadikannya tidak sensitif lagi terhadap insulin.
Ini adalah merupakan penyumbang utama untuk pelbagai penyakit khasnya diabetes. Metabolisma fruktos adalah hampir sama dengan ethanol (alkohol) menjadikan kesan jangka panjang fruktos hampir sama dengan kesan dari alkohol.

Fruktos tidak meransang rasa kenyang seperti glukos (tidak mengurangkan ghrelin dan tidak meransang leptin). Fruktos menaikkan uric acid dan mengurangkan pembuangan (excretion) uric acid. Fruktos meningkatkan “inflammation” di dalam badan. Inflammation menjadi penyebab utama penyakit jantung, stroke, tekanan darah tinggi, masalah buah pinggang dan sebagainya.

Keburukan Fruktosa

Punca Toksin

Fruktos hanya boleh diproses oleh hati (liver) dan tidak digunakan sebagai tenaga di dalam sel-sel badan. Ianya adalah sesuatu yang tidak digunakan oleh badan malah merupakan suatu racun apabila kandungan yang tinggi terdapat di dalam badan. Hati (liver) terpaksa bekerja keras untuk membersihkannya dari badan dengan menukarkannya kepada lemak (dengan menggunakan tenaga yang banyak) dan lemak ini disimpan di seluruh badan.

Merosakkan Hati

Kandungan fruktos yang tinggi merosakkan hati (liver) dan menjadikannya tidak lagi peka kepada insulin (insulin resistant) dan menjadikan keadaan hati yang dipenuhi lemak (fatty liver). Kesan fruktos kepada hati adalah mirip kesan arak (etahnol) terhadap hat

Bahaya Fruktosa Dalam Gula

Merosakkan Sel

Fruktos bertindakbalas dengan protein dan lemat tidak tepu (polyunsaturated fat) di dlam badan kita lebih dari glukos. Reaksi ini menghasilkan AGEs (advanced glycation end-products), yang mana merupakan bahan yang boleh menjadi berlakunya “oxidative damage” di dalam sel-sel dan seterusnya menyumbang kepada berlakunya keradangan dan punca kepada penyakit-penyakit kronik.

Peningkatan Asid Urik

Fruktos menyebabkan kenaikan paras asid urik yang mana boleh menyebabkan berlakunya gout, batu karang dan meningkatkan penyakit darah tinggi.

Menggalakkan Pembiakan Bakteria Berbahaya

Pada ketika sel-sel badan tidak boleh menggunakan fruktos sebagai bahan tenaga, bakteria di dalam usus dapat menggunakannya. Paras fruktos yang tinggi di dalam makanan boleh menyebabkan ketidakseimbangan flora, meransang permbiakan bakteria yang berlebihan dan pembiakan bakteria yang berbahaya.

Bagaimana Fruktosa Menjadi Punca Penyakit Kencing Manis

Peningkatan Asid Urik

Kelebihan fruktos yang berpanjangan menyebabkan ketidakseimbangan metabolisma lemak (dyslipidemia) dan penyimpanan lemak yang berlebihan di dalam badan.

Risiko Obesiti

Fruktos boleh menyebabkan ketidakpekaan leptin (leptin resistance). Leptin adalah hormon yang mengawal selera makan dan metabolisma untuk mengekalkan berat badan yang normal. Seseorang yang menghidapi masalah ketidakpekaan leptin ini biasanya akan mempunyai masalah berat badan dan menjadi obese degan mudah.

Risiko Sindrom Metabolik

Pengambilan fruktos yang berlebihan dikaitkan rapat dengan penyakit sindrom metabolik. iaitu penyakit jantung, darah tinggi, kencing manis dan masalah obesiti.

Peningkatan Risiko Kanser

Sel-sel kanser mengembang dan membiak dengan cepat dengan menggunakan fruktos sebagai sumber tenaganya

Peningkatan Risiko Demensia

Melalui kajian makmal yang dijalankan, pengambilan fruktos dalam tempoh panjang menjadi punca utama lemah ingatan dan peningkatan risiko penyakit demensia dan alzheimer (nyanyuk/hilang ingatan)

Mencegah Lebih Baik Dari Merawat

Berdasarkan maklumat yang diterangkan, ternyata amalan penggunaan gula sebenranya tidak memberikan manfaat kesihatan malah merisiko anda menghadapi pelbagai masalah penyakit kronik.
Oleh itu, berhenti mengambil gula bukalah pilihan bagi mereka yang mahu sihat terutamanya mereka yang sudah ditandai dengn pelbagai simpton penyakit.
Sumber Artikel
5 1 vote
Article Rating
Subscribe
Notify of
3 Comments
Most Voted
Newest Oldest
Inline Feedbacks
View all comments
FARIDAH HUSIN
1 year ago

Dah setahun lebih saya tak beli gula pasir. Alhamdulillah, kesihatan bertambah baik

Member
Mohamad Salleh Sidek
1 year ago

Stop gula & mulakan manis dengan stevia yang terbukti bermanfaat untuk kesihatan.

Jamal Bin Wairi
1 year ago

Alhamdulillah..dh lama tinggalkn gula pasir..

Costumer Service
1
3
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x
Dah faham tentang bahaya gula?

Jom Dapatkan Manis Yang Sihat

Cuba sebotol RCC Stevia hari ini. Lihat perubahan kesihatan anda dengan mengamalkan stevia sebagai pengganti gula.